Sudah bersedia untuk bulan Mei yang penuh dengan filem hiburan dan aksi mendebarkan?
Mei 2025 menjanjikan satu ledakan hiburan yang pasti mengujakan pencinta filem tanah air dan antarabangsa. Bulan ini bukan sekadar bulan biasa, ps! Ia dipenuhi dengan deretan tayangan filem pelbagai genre yang mampu membuatkan penonton terpaku di kerusi panggung, dari awal hingga akhir.
Dari filem aksi berintensiti tinggi yang mendebarkan, kisah cinta yang menyentuh jiwa, sehinggalah kepada naskhah seram yang menjanjikan mimpi ngeri selepas keluar dari pawagam, barisan filem yang bakal ditayangkan kali ini benar-benar mengujakan dan menarik ditonton bersama keluarga.
Filem manakah yang bakal mencuri perhatian dan mencetus fenomena di panggung wayang Mei 2025? Teruskan membaca!
1. Thunderbolts
Marvel kembali dengan satu lagi pasukan ‘anti-hero’ yang mendebarkan! Thunderbolts memperkenalkan watak-watak seperti Yelena Belova, Bucky Barnes, Red Guardian dan lain-lain yang bergabung untuk menjalankan misi khas kerajaan. Aksi pantas, skrip yang penuh sarkastik dan konflik menjadikan filem ini wajib tonton buat peminat Marvel yang rindukan kelainan daripada tipikal superhero.
2. Keluang Man
Legenda adiwira tempatan yang pernah mencetus fenomena di kaca TV kini kembali dalam versi filem aksi nyata! Keluang Man mengangkat kisah Borhan, pesakit di Hospital Bahagia yang menjadi adiwira misteri pada waktu malam demi menentang jenayah. Dengan sentuhan sinematik moden dan barisan pelakon berbakat, filem ini bukan saja membangkitkan nostalgia, malah memperkenalkan Keluang Man kepada generasi baharu. Bersedialah untuk melihat adiwira tempatan dalam skala yang belum pernah kita saksikan sebelum ini!
3. Gayong
Filem aksi tempatan yang dinanti-nantikan, Gayong mengangkat seni pertahanan diri warisan Melayu ke layar perak. Penuh dengan elemen tradisi, keindahan budaya dan koreografi pertarungan yang mengagumkan, Gayong bukan sahaja sebuah filem aksi, tapi juga penghormatan kepada warisan seni bela diri yang semakin dilupakan. Wajib tonton bagi mereka yang cintakan budaya dan aksi!
4. Final Destination: Bloodlines
Siri seram klasik kembali dengan wajah baharu, Bloodlines! Kali ini, penonton dibawa menyelami asal-usul punca kematian yang mengejar mangsa secara kejam dan tidak disangka. Dengan babak kematian yang kreatif dan menakutkan (seperti biasa), filem ini menjanjikan satu pengalaman yang mendebarkan dan cukup seram untuk peminat lama dan baru. Jangan berkelip, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata!
5. Ejen Ali The Movie 2
Ejen muda kesayangan ramai kembali dalam sekuel yang lebih besar dan lebih mendebarkan! Dalam Ejen Ali The Movie 2, kita bakal menyaksikan Ali berdepan dengan ancaman baharu yang lebih mencabar dan penuh misteri. Penuh aksi, emosi dan nilai kekeluargaan, filem yang mesti ditonton bersama orang tersayang!