Sebelum dikenali sebagai penyanyi berbakat dengan lagu-lagu galau yang menyentuh hati, Naim terlebih dahulu menempa nama sebagai pelakon cilik yang bijak membawa pelbagai watak.
Dilahirkan dengan bakat seni yang luar biasa, Naim Daniel mula menceburi dunia hiburan seawal usia 11 tahun. Ketika rakan seusianya masih mengenal dunia, Naim sudah mula berdiri di hadapan kamera, menutur dialog dengan penuh yakin dan menghidupkan watak dengan begitu berkesan.
Keperibadiannya yang matang serta petah berkata-kata membuatkan beliau cepat disenangi ramai dan menonjol di kalangan pelakon cilik lain.
Salah satu kejayaan terbesarnya adalah apabila beliau menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-34, satu pencapaian yang amat membanggakan bagi seorang artis muda ketika itu berumur, 23 tahun!
Tidak cukup dengan itu, beliau turut memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 dan mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi pertama yang menyanyi secara terbalik dalam persembahan langsung di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37).
Lupakan lagu galau, jom tengok filem & drama popular lakonan Naim Daniel:
7. Cucu Betong
Dalam drama ini, Naim Daniel membawa watak utama sebagai “Cucu Betong”, iaitu seorang remaja lelaki yang mewarisi kekuatan luar biasa daripada datuknya, Pak Betong, seorang tokoh lagenda yang dikenali dengan kekuatan dan kebijaksanaan.
6. 29 Februari
“29 Februari” ialah sebuah filem romantik fantasi yang ditayangkan pada tahun 2012, arahan Edry Abdul Halim (daripada kumpulan KRU). Filem ini unik kerana menggunakan latar masa yang merentasi beberapa dekad sejarah Malaysia dan menariknya, ia merupakan filem tempatan pertama yang menggunakan teknologi 3D penuh.
Fiem ini memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke–25 dimana Naim meraih trofi juara dalam kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik!
5. Projek: Exit
“Projek: Exit” ialah sebuah drama bersiri Malaysia bergenre aksi dan psikologi, yang disiarkan pada platform Astro Originals. Mengisahkan sekumpulan remaja yang tinggal di sebuah pusat perlindungan atau rumah pemulihan khas bagi mereka yang berdepan tekanan emosi, trauma hidup dan masalah sosial.
4. Siapa Tutup Lampu?
“Siapa Tutup Lampu?” adalah sebuah filem seram/thriller Malaysia tahun 2021, diarahkan oleh Aliff Ihsan Rahman, dengan skrip oleh Azhar Jalil. Kisah 5 sekawan yang penuh dengan rahsia dan pengkhianatan, iaitu Akmal (Naim Daniel), Arif, Aryana, Azie dan Amir terlibat dalam kemalangan semasa perjalanan pulang dari bercuti di Genting Highlands. Amir maut dalam kemalangan itu dan kumpulan lain mendapati diri mereka dihantui apabila mereka pergi untuk mengenal pasti mayat di bilik mayat.
3. I.D.
I.D: Swipe, Steal, Love ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Razaisyam Rashid dengan skrip oleh Ashraf Modee Zain. Dibintangi oleh Naim Daniel, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson, siri ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals.
Naim membawa watak utama sebagai Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta aplikasi yang diberi nama BEBAS, sebuah aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat dan data peribadi pengguna bagi tujuan pemakluman maklumat terkini. Siri drama ini memenangi anugerah Asian Academy Creative Awards, bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Dalam Peranan Utama.
2. Kahar: Kapla High Council (2024)
“Kahar: Kapla High Council” (2024) adalah sebuah filem prekuel daripada siri hit Projek: High Council, yang menyorot asal usul dan transformasi watak Kahar, dikenali sebagai Kapla. Naim Daniel membawakan watak “Budi”, salah seorang pelajar di Kolej Ungku Deramat (KUDRAT) yang memainkan peranan sampingan dengan perwatakan lembut tetapi penting dalam menggerakkan naratif cerita drama ini.
1. Keluang Man
Keluang Man ialah inspirasi daripada siri animasi yang diilhamkan oleh Kamn Ismail dengan kerjasama pengasas dan pemilik UAS Animation, Natashah Md Noor. Siri animasi tersebut telah disiarkan sebanyak tujuh musim dengan lebih 140 episod. Naim Daniel sebagai Samad, bakal berlakon dalam siri filem senimatik menampilkan lima filem yang masih belum dikenal pasti tarikh tayangan, iaitu Baling, Patani, Keluang Man 2, Besut dan Kataha.
Baca: #EHTOP20 Naim Daniel