Tiger Stripes merupakan hasil terbitan bersama daripada lapan negara iaitu; Malaysia, Indonesia, Singapura, Taiwan, Perancis, Jerman, Belanda dan Qatar. Filem ini telah menerima Geran Pemulihan Industri Kreatif (PENJANA) daripada Kementerian Komunikasi dan Digital untuk penerbitannya di Malaysia, menyerlahkan lagi kepentingan Tiger Stripes untuk industri tempatan.
Edisi ke-62 Minggu Pengkritik Cannes akan berlangsung dari 17 hingga 25 Mei 2023, dan penonton di Malaysia boleh menantikan untuk menonton Tiger Stripes di pawagam tempatan dalam masa terdekat. Pemilihan rasmi TIGER STRIPES ini adalah merupakan batu aras penting dalam membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa dan menjadi penyumbang kepada pembangunan industri.
Baca: ‘YOUNG STARLETS’ di Cannes, EH! Pilih Gaya Paling Memukau