Sempena Hari Raya, kegiatan menonton filem adalah satu aktiviti yang sering dilakukan bersama orang tersayang mahupun bersendirian.
Hari Raya dan filem Raya sememangnya tidak dapat dipisahkan. Setelah sibuk bersiap pada pagi raya, menghadiri solat di masjid, dan bergambar OOTD, waktu petang menjadi saat yang sempurna untuk berehat dan menikmati filem berkaitan Raya di televisyen.
Raya Tak Jadi
Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman menjelang penghujung Ramadhan, dua adik-beradik terkejut apabila menemui seorang lelaki misteri di dalam bonet teksi mereka. Setelah menyedari bahawa lelaki itu sebenarnya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang telah diculik oleh seorang usahawan kurma, mereka berdua terpaksa mengumpul keberanian dan menghadapi penculik tersebut sebelum keluarga mereka menjadi mangsa.
Raya Heist
Mengisahkan tentang tiga sekawan iaitu Borhan, Dollah dan Nor yang membesar bersama dan melalui pelbagai detik bersama termasuklah menjalankan aktiviti nakal seperti mencuri kambing dan hasil tanaman orang kampung.
Mengisahkan Syawal dan Tania yang melarikan diri ke Pulau Carey daripada diburu bapa Malik, seorang Taiko Besar Kuala Lumpur. Syawal telah menipu adik ayah Malik iaitu Amir untuk mendapatkan wang dan ayah Malik atau Amir telah ditipu kerana ubat kuat batin yang tidak menjadi.
I Know What You Did Last Raya
Filem ini mengisahkan doktor yang bernama Mira bersama rakan-rakannya, Roslan, Fazzley, Yassir dan Shahida telah diculik oleh penjahat bernama Man akibat daripada dendam yang telah sekian lama tersimpan.
Sementara itu, ada misteri yang berlaku pada malam raya, menyebabkan huru-hara satu kampung.
Kongsi Raya
Dalam padanan sempurna di dunia kulinari, seorang chef dan seorang penerbit rancangan TV makanan mula jatuh cinta. Namun, bapa mereka yang bermusuhan mencabar satu sama lain dalam pertandingan memasak.
Anak Bulan
Apabila kemunculan bulan sabit yang tidak dijangka mempercepatkan sambutan Hari Raya ke hari berikutnya, sebuah keluarga menjadi kelam-kabut dalam usaha menyiapkan persiapan perayaan.