Tahniah diucapkan kepada Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir yang selamat menimang cahaya mata sulung dua hari lalu.
Berpeluang mendapat ‘tarikh cantik’ idaman para ibu iaitu pada 21.09.21, Ayda melahirkan cahaya mata perempuan seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.
Bayi yang diberi gelaran ‘Baby Wuv’ itu lahir ke dunia dengan berat 2.77 kilogram pada pukul 7.07 malam di sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur.