Jin yang merupakan anggota BTS pertama menyertai khidmat ketenteraan wajib selama 18 bulan menerima sokongan dan ucapan selamat daripada ahli kumpulan yang lain.
Akaun Twitter rasmi BTS berkongsi beberapa foto mereka di kem latihan berserta kapsyen, “Abang kami! Pulang dengan selamat! Kami sayangkan kamu.”
Jin atau nama sebenarnya Kim Seokjin memulakan khidmat ketenteraan di Yeoncheon di mana dia akan menerima latihan asas selama lima minggu dan diajar cara menembak, membaling bom tangan, bertempur dan beberapa latihan lain.
Selepas tamat latihan tersebut, dia dan peserta lain akan menyertai pasukan tentera sehingga tamat tempoh wajib yang perlu dijalani.