Istiadat perkahwinan Di-Raja Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam diteruskan malam tadi dengan Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Di-Raja, satu lagi majlis beradat berwarna-warni tradisi dan adat resam Di-Raja Negara Brunei Darussalam di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Duli Yang Maha Mulia Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam turut hadir bagi menyerikan majlis tersebut.
Dalam upacara Melayu Brunei, yang diamalkan sejak ratusan tahun lalu, istiadat ini menyaksikan bakal pengantin lelaki dan bakal pengantin perempuan akan dibedaki di tapak tangan tujuan untuk mendapat keberkatan dari ahli keluarga terdekat.
Dengan Bismillah pantun dimula,
Pantun menyambut perkahwinan Di-Raja,
Kepada Allah rakyat meminta,
Kedua mempelai selamat sejahtera.
Lihat foto-foto sekitar majlis istiadat Berbedak Di-Raja Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam:
Baca: Segalanya Tentang Kisah Cinta Putera Mateen & Dayang Anisha