Sebelum koleksi foto popular Messi, hantaran yang meraih tanda suka paling banyak di Instagram adalah milik akaun @world_record_egg yang berkongsi foto sebiji telur ayam berwarna coklat.
Ia dimuat naik pada 2019 dengan tujuan untuk mengatasi rekod yang dipegang oleh bintang realiti dan mogul kecantikan, Kylie Jenner. Sehingga kini ia telah memperoleh lebih 57 juta tanda suka.
“Ayuh cipta rekod dunia bersama dan raih status hantaran paling disukai di Instagram. Tewaskan rekod dunia semasa yang dipegang oleh Kylie Jenner (18 juta)! Kita mampu lakukannya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Baca: Sepuluh Akaun Instagram Paling Banyak Diikuti Di Dunia