Ini bukan kali pertama Bieber menyelar tindakan itu. November tahun lalu, dia berkongsi mesej yang sama dan meminta pihak media untuk berhenti mensabotaj dirinya.
“Ini sangat mengecewakan. Saya berharap mereka akan menukar gambar tersebut. Saya telah minta mereka tukar. Terdapat banyak lagi foto penggambaran saya, tetapi ini juga yang mereka pilih. Saya tidak tahu mengapa. Lihatlah warna kulit saya sekarang,” katanya.