Bieber sebelum ini pernah berkongsi masalah kesihatan mental dan fizikalnya kepada peminat. Dia mendedahkan pergelutannya dengan penyakit lyme pada Januari 2020, tidak lama sebelum foto itu dirakam.
Menerusi satu hantaran di Instagram yang kini telah dipadam, dia mengakui turut berdepan dengan mononukleosis kronik ketika itu yang memberi kesan terhadap kulit, tenaga, fungsi otak dan kesihatannya secara keseluruhan – menjelaskan mengapa dia tidak menyukai penampilannya dalam foto yang menjadi kesukaan pihak media.
Foto: Bryan Steffy/Getty Images
Baca: Justin Bieber Dituduh Menengking Hailey Baldwin Di Sebuah Parti