Malam 14 September 2025 menjadi detik bersejarah buat dunia hiburan tanah air apabila dua nama besar, Fattah Amin dan Amira Othman, sah bergelar suami isteri.
Tepat jam 9:08 malam, dengan hanya sekali lafaz, Fattah Amin menyempurnakan ijab kabul di hadapan wali serta disaksikan bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang turut mengendalikan majlis. Majlis akad nikah yang berlangsung di Golden Palm Tree, Sepang itu cukup sarat dengan momen indah, sederhana namun penuh makna.
Suasana ketika itu begitu syahdu dengan dewan yang dihias romantis oleh Reka Teemor, doa yang bergema dan air mata keluarga yang mengalir kerana gembira melihat penyatuan dua jiwa.
Biarpun diadakan secara tertutup, aura majlis tetap dirasai seluruh negara apabila ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Unifi TV 2.0 Inspirasi (118).
Amira menerima mas kahwin seutas gelang emas sebagai simbol kasih abadi, diiringi lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.
Busana pengantin pula menyerlahkan elemen Islamik moden rekaan oleh Teh Firdaus, cukup ringkas, putih suci, namun sarat dengan nilai estetika yang menekankan kelembutan dan kesederhanaan.
Turut mencuri perhatian ialah kehadiran puteri kecil Fattah, Nur Fatima Aisya, yang menambah seri pada malam itu.
Majlis ini juga diberi judul βSetulus Takdir: Fattah Amiraβ, sekaligus menjadi sebahagian daripada dokumentari bersiri 10 episod yang merakam perjalanan cinta pasangan ini sejak awal perkenalan hingga hari bahagia mereka.
Sorotan lensa kamera Majlis Ijab Kabul Setulus Takdir: Fattah Amira: