Persengketaan antara Chris Rock dan pasangan Smith hakikatnya bukan baru bermula, sebaliknya berakar umbi dari satu sindiran panas di Oscar 2016.
Bintang Spiral itu mengambil alih pentas dan mempersenda keputusan Jada memboikot Anugerah Akademi kerana tiada kepelbagaian dalam senarai pencalonan. Dia menuduh Jada tidak berpuas hati kerana tidak dijemput juga kerana Will tidak menerima sebarang pencalonan untuk peranan hebatnya dalam filem Concussion.
“Jada berang, katanya dia tidak akan hadir. Tindakannya memboikot Oscar samalah seperti saya memboikot cinta Rihanna. Saya tidak mendapat jemputan. Saya sama sekali tidak akan menolak jika dijemput.
“Saya faham dia berang kerana Will tidak dicalonkan untuk filem Concussion. Saya faham, ia tidak adil kerana mutu lakonannya sangat baik dalam filem itu. Namun ia juga tidak adil apabila Will dibayar USD20 juta untuk filem Wild Wild West,” tambahnya.