Walaupun tindakan Will di pentas Oscar 2022 dianggap memberi pengajaran kepada Chris atas keceluparan kata-katanya, rata-rata penggiat seni mengecam kelakuannya sebagai tidak profesional.
Will dilihat menyedari kesilapannya dengan membuat permohonan maaf kepada Chris menerusi satu kenyataan rasmi di media sosial. Dia mengakui tindakannya itu tidak boleh diterima dan dimaafkan.
“Gurauan mengenai diri saya adalah sebahagian daripada kerjaya, tetapi jenaka tentang masalah kesihatan Jada terlalu berat untuk saya tanggung dan saya bertindak balas mengikut emosi.
“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada anda, Chris. Saya melampaui batas dan sedar bahawa saya salah. Saya amat malu dan tindakan saya tidak mempamerkan sikap yang ingin saya contohi. Tiada ruang untuk keganasan dalam dunia yang dipenuhi dengan kasih sayang dan kebaikan,” tulisnya.
Foto: Getty Images