Hak Jamie sebagai penjaga kehidupan peribadi Britney juga telah diserahkan kepada Jodi Montgomery dua tahun lalu setelah dia mengalami masalah kesihatan.
Jamie mula diberikan hak sebagai konservator pada 2008 selepas pelantun lagu Womanizer itu mempamerkan ketidakstabilan mental secara terbuka di tempat awam.
Selama bertahun-tahun penyanyi itu mendedahkan dirinya didera dan dikongkong, malah hartanya juga disalahguna untuk kepentingan sendiri. Namun, Jamie menafikan segala tuduhan tersebut.