Dengan pengumuman terbaru daripada mahkamah, Britney kini telah bebas sepenuhnya daripada cengkaman bapanya.
Menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Brenda Penny, penarikan hak konservator Jamie yang mengawal kehidupan peribadi dan kewangan anaknya itu adalah satu keputusan terbaik.
“Situasi sekarang ini tidak dapat dipertahankan lagi. Ia menjadi sangat toksik. Saya percaya pelucutan hak ini adalah yang terbaik,” katanya.