Rancangan ‘Friends: The Reunion’ akan membuat debut waktu sama seperti Amerika Syarikat pada 27 Mei 2021 pada jam 3:01 petang secara eksklusif melalui HBO GO, juga saluran HBO (Astro 411 HD) pada 9 malam.
Friends is back! Sitcom popular, Friends kini kembali dengan rancangan ‘Friends: The Reunion’ yang akan membuat debut waktu sama seperti Amerika Syarikat pada 27 Mei 2021 pada jam 3:01 petang secara eksklusif melalui HBO GO. Serta tayangan hari sama melalui HBO di Astro saluran 411 pada 9 malam.
Buat kali pertama dalam tempoh 17 tahun, barisan pelakon asal ‘Friends’ akan disatukan semula dalam satu rancangan khas meraikan siri komedi hit tersebut. Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry, dan David Schwimmer kembali ke panggung asal siri komedi ikonik tersebut, Stage 24, di lot Warner Bros. Studio di Burbank.
‘Friends: The Reunion’ akan disertai oleh moderator jemputan, James Corden dan juga bintang popular lain di mana mereka akan mengimbau momen-momen kegemaran siri itu. Rancangan khas ini memberikan apresiasi siri ikonik itu yang dilimpahi dengan gelak tawa dan tangisan.
Siri original HBO Max, ‘Friends: The Reunion’, turut menampilkan ramai tetamu jemputan termasuk David Beckham, Justin Bieber, BTS, James Corden, Cindy Crawford, Cara Delevingne, Lady Gaga, Elliott Gould, Kit Harington, Larry Hankin, Mindy Kaling, Thomas Lennon, Christina Pickles, Tom Selleck, James Michael Tyler, Maggie Wheeler, Reese Witherspoon dan Malala Yousafzai.
Ben Winston akan bertindak sebagai pengarah dan penerbit eksekutif bersama penerbit eksekutif asal “Friends”, Kevin Bright, Marta Kauffman dan David Crane. Rancangan khas ini dirakam dari Warner Bros. Unskripted Televisyen dengan kerjasama Warner Horizon, Fulwell 73 Productions dan Bright/ Kauffman/Crane Productions.
Kesemua pelakon asal siri ‘Friends’ turut bertindak sebagai penerbit eskekutif kali ini. Emma Conway, James Longman dan Stacey Thomas-Muir juga tidak ketinggalan berperanan penerbit eksekutif bersama.
Foto: HBO Max
Baca lebih lanjut: 5 Kisah Di Balik Tabir Menarik Siri ‘Shadow and Bone’