G-Dragon dan Sandara Park dilaporkan sedang menjalinkan hubungan istimewa pabila keintiman mereka dirakam dan terlihat jelas di khalayak ramai baru-baru ini.
Walaupun YG Entertainment telah pun memberikan maklum balas tentang kontroversi tersebut dan menafikan khabar angin tentang dua bintang Korea ini sedang bercinta, akaun Instagram milik G-Dragon masih lagi dihujani dengan komen-komen dari peminatnya.
Sejak kontroversi yang mengaitkan G-Dragon dan Dara ini tersebar, pasangan ini masih lagi dilihat seakan neutral menerusi akaun sosial media masing-masing.
Sebuah video yang di rakam peminat terlihat di mana G-Dragon sedang berjalan keluar dari sebuah restoran bersama Dara. Sejurus itu, G-Dragon terus berjalan sambil memeluk kepala Dara seakan mengelak dari peminat-peminat yang cuba untuk mendekati mereka.
https://www.instagram.com/p/BPAs91HhQX8/?tagged=daragon
Setelah insiden tersebut, Dara dilihat memberi maklum balas menerusi sekeping gambar dirinya dengan kapsyen “Off Work, (V sign)”. Dia juga memuat naik satu quote yang bertulis agar dia diberikan peluang kedua, yang mana menerima banyak komen-komen membina dari peminatnya.
G-Dragon pula memuat naik gambar dirinya sambil membuat simbol hati menggunakan isyarat tangan serta diikuti dengan sekeping gambar dari seorang pelukis, Mark Grotjahn yang dia repost. Ini adalah update terbaru dari dua bintang Korea ini setelah kontroversi mereka tersebar.
YG Entertainment menafikan yang mereka sedang menjalinkan hubungan cinta dan menyatakan ia hanyalah satu prank yang dilakukan oleh dua artis ini.