Berada di tangga pertama adalah pelakon China, Shawn Yue dalam kategori selebriti diikuti dengan Liu Wen, supermodel dari negara sama.
Pengaruh ikon fesyen dalam industri hiburan dinilai berdasarkan tiga standard iaitu indeks penggunaan, kekerapan carian di carian enjin China, Baidu dan populariti menerusi laman sosial negara itu, Sina Weibo.
Senarai itu dikeluarkan oleh platform kerjasama sumber Suntchi, Fashion Exchange dan platform data Alibaba, CBNData.