Inilah momen istimewa pasangan tersebut yang akhirnya disatukan dalam sebuah majlis perkahwinan penuh eksklusif.
Pasangan sensasi, Gabbriette dan vokalis utama The 1975, Matty Healy, akhirnya selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis perkahwinan tertutup yang berlangsung di Los Angeles. Perkahwinan mereka sememangnya menjadi perhatian ramai, seiring dengan imej penuh gaya dan personaliti unik kedua-duanya.
Selepas mengikat tali pertunangan hanya sembilan bulan selepas mula bercinta pada tahun 2024, pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada Sabtu lalu dalam satu majlis intim yang hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan rapat. Menurut beberapa laporan media, mereka melangsungkan perkahwinan di bekas kediaman Madonna yang terletak di Hollywood Hills, dengan kehadiran beberapa tetamu terkenal termasuk penyanyi Charli XCX, ??/ dan ???
Menjelang hari bahagia itu, media sosial turut dibanjiri pelbagai foto daripada sambutan hen party Gabbriette di Las Vegas. Antara yang mencuri perhatian ialah gambar model itu bergari sebagai sebahagian daripada aktiviti sambutan, wang palsu bernilai USD100 serta aksinya menari bersama penyamar Elvis Presley.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsi selepas majlis berlangsung, Matty tampil segak mengenakan sut tuksedo hitam klasik, manakala Gabbriette memilih gaun pengantin putih labuh berlengan panjang rekaan Matières Fécales. Penampilannya dilengkapkan dengan gaya rambut separuh sanggul berinspirasikan era klasik Hollywood yang menyerlahkan aura elegan dan vintaj.
Baca: Fakta Menarik Gaun Kahwin Dua Lipa Yang Direka Oleh Matthieu Blazy















