Kembali ke era 60-an, siri Indonesia terbaharu ‘Gadis Kretek’ arahan Kamilia Andini dan Ifa Isfansyah kini mencetus fenomena di di Netflix.
Siri ‘Gadis Kretek’ ini mengisahkan tentang Dasiyah (Dian Sastrowardoyo), yang gemar mencipta formula sempurna untuk rokok dikenali sebagai kretek. Tersemat dalam cerita ini ialah mesej tentang wanita berkuasa dan percintaan antara Dasiyah dan Soeraja (Ario Bayu), yang berlatarkan industri kretek Indonesia dan peristiwa bersejarah pada 1960-an.
Siri ini turut menampilkan pelakon Tissa Biani, Sha Ine Febriyanti, Winky Wiryawan, Sheila Dara, Ibnu Jamil, Rukman Rosadi, Verdi Solaiman, Nungki Kusumastuti, Dimas Aditya, Pritt Timothy dan Tutie Kirana. Siri Netflix lima episod, EH! menyenaraikan lima fakta menarik tentang siri ‘Gadis Kretek’ ini.
1. Diadaptasi daripada novel
Siri ini diadaptasi daripada novel berjudul sama, ‘Gadis Kretek’ karya Ratih Kumala, diterbitkan pada tahun 2012. Sejak pelancaran pertama, novel ‘Gadis Kretek’ serta-merta diletakkan dalam 10 penerima terbaik anugerah Kusala Sastra Khatulistiwa. Novel bersejarah ini mendapat penghargaan yang luar biasa daripada pembaca kerana keaslian ceritanya.
2. Menceritakan tentang sejarah rokok di Indonesia
Siri ‘Gadis Kretek’menceritakan sejarah kretek di Indonesia. Kretek Indonesia mula berkembang pesat pada zaman penjajahan Jepun sehingga kini. Kretek dipercayai boleh digunakan sebagai ubat tradisional oleh masyarakat. Penulis novel, Ratih Kumala mengambil masa empat tahun untuk belajar mengenai kretek di Indonesia.
3. Kisah percintaan pada zaman penjajahan
Selain menceritakan tentang sejarah kretek di Indonesia, siri ini juga memaparkan kisah percintaan pada zaman penjajahan. Dalam novel, Ratih Kumala mengisahkan tiga zaman sekali gus, antaranya ialah perkembangan rokok di era moden, zaman penjajahan Jepun, dan permulaan kemerdekaan Indonesia. Siri ini akan menunjukkan bagaimana kisah cinta berakhir kerana keadaan geopolitik yang semakin teruk.
4. Kesungguhan Dian Sastrowardoyo mendalami watak
Untuk mendalami watak Dasiyah, Dian Sastrowardoyo mengambil pelbagai pendekatan secara terperinci dan dibimbing oleh pelakon Rukman Rosadi yang merupakan jurulatih lakonan kepada pelakon ‘Gadis Kretek’.
Dian berkata, selama enam bulan dia sengaja mengurangkan berjumpa dengan kawan-kawannya untuk mendalami watak, dan berehat daripada sukan kegemarannya seperti sukan larian dan tenis kerana perkara itu amatlah jarang dilakukan wanita Indonesia pada tahun 1960-an.
Dian juga berhenti mendengar muzik moden dan hanya mendengar muzik gamelan dan klasik. Dari situ, dia belajar bahawa untuk menjadi pelakon, perlulah bersungguh agar dapat membawa watak itu. “Kita perlu ikhlas dan menyerahkan diri kepada watak itu,” kongsinya.
5. 100 set dibina dalam 20 lokasi untuk ‘Gadis Kretek’
Salah satu elemen yang paling menarik dalam ‘Gadis Kretek’ ialah bagaimana ia secara ajaib mengangkut penonton ke tahun 1960-an. Tetapan dan hartanah, masing-masing dipersembahkan dengan butiran yang menakjubkan, memaparkan kesibukan bandar M serta industri kretek pada masa itu. Lebih daripada 100 set di 20 lokasi dibina, dengan tumpuan pada 16 set utama.
Shanty Harmayn mendedahkan bahawa proses kreatif untuk siri ini mengambil masa kira-kira dua tahun, daripada pembangunan skrip hingga penyiapan pasca produksi. “Ini adalah perjalanan yang panjang dan daripada proses penulisan hingga penyuntingan ia adalah hasil kerjasama yang luar biasa,” kongsinya.