Bekas ahli kumpulan AOA, Kwon Mina menggemparkan industri hiburan apabila dikejarkan ke hospital kerana cuba membunuh diri pada 29 Julai lalu.
Sehari kemudian Mina memadam akaun Instagramnya, kemungkinan besar kerana mahu menjauhkan diri daripada tekanan dan mencari ketenangan.
Namun hanya selepas lima hari, dia kembali aktif di Instagram dan memuat naik satu mesej panjang lebar.