“Saya kembali sedar, ternampak kenyataan Yoo (bekas teman lelakinya, Yoo Joonyoung), dan memuat naik penjelasan mengenai kenyataannya. Namun saya masih digelar dalang, pembohong, dan psikotik.
“Pasti ramai di kalangan anda yang sudah muak dengan saya dan tertanya-tanya mengapa saya berkelakuan begini. Adakah anda percaya jika saya katakan ia berpunca daripada ketidakadilan?
“Apabila saya membaca kenyataan Yoo, melihat kes buli Jimin terhadap saya gagal diselesaikan disebabkan anda semua, dan membaca komen-komen berniat jahat, segalanya menjadi lebih teruk. Hakikatnya saya adalah mangsa,” luahnya.