Mina turut mendedahkan masalah kesihatan mental yang dihadapinya akibat kontroversi yang membelenggu dirinya selama ini.
“Saya tidak berbohong. Pernah sekali saya mendedahkan bahawa saya menghidap kemurungan teruk. Ia bukanlah skizofrenia atau gangguan bipolar,” katanya.
Disebabkan itu dia bertindak untuk ‘menghukum’ mereka yang menyebarkan cerita palsu mengenai dirinya dengan mengambil tindakan undang-undang.