Awal Julai lalu, sekumpulan peminat AOA mengeluarkan satu kenyataan mengenai tuduhan Mina yang mendakwa dirinya dibuli Jimin ketika mereka bergelar ahli kumpulan itu.
Peminat menyatakan mereka tidak bersetuju dengan kenyataan penyanyi itu dan tetap menyokong Jimin yang mengakui tidak pernah membuli Mina. Tuduhan itu juga memaksa Jimin berundur diri daripada kumpulan AOA.
Pada bulan yang sama, dia membuat permohonan maaf atas kontroversi perhubungannya dengan Yoo. Mina dituduh merampas teman lelakinya itu daripada wanita lain, sedangkan hakikatnya dia tidak bersalah. Di turut mengumumkan perpisahannya dengan Yoo.
Ini merupakan percubaan kedua Mina untuk membunuh diri setelah percubaan pertamanya pada Ogos tahun lalu gagal. Tekanan demi tekanan yang dialami mungkin menjadi punca mengapa dia membuat keputusan untuk meragut nyawa sendiri.
Semoga ada keadilan dan sinar baharu buat penyanyi ini.
Foto: Tumblr