Bintang pop Cina-Kanada itu dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun enam bulan atas jenayah rogol manakala 22 bulan lagi atas kesalahan mengumpul orang untuk melakukan aktiviti seksual.
Menurut mahkamah, dia perlu menjalani hukuman penuh di China sebelum dihantar pulang ke Kanada.
Tahun lalu seorang pelajar berusia 19 tahun mendakwa Kris memperkosa dirinya sewaktu dia berusia 17 tahun. Tidak lama kemudian sekurang-kurangnya 24 mangsa tampil mendedahkan kegiatan terkutuknya di laman sosial.
Dia didakwa memperdaya ramai wanita dan gadis bawah umur untuk melakukan hubungan seksual dengan menjanjikan peluang pekerjaan sebagai pelakon.