Akhirnya selepas penantian selama 11 tahun, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat dikurniakan dengan seorang cahaya mata sulung yang nyata seirasnya pada 19 Mac lepas.
Sebelum mengumumkan nama yang sebenar bayi sulungnya itu dengan nama Siti Aafiyah Khalid, Datuk Siti memberi nama sementara kepada anaknya iaitu Fatimah Az Zahra.
Sempena kelahiran bayi perempuannya itu, Datuk Siti dan keluarga telah mengadakan majlis Maulid Nabi, Aqiqah serta Tahnik di kediamannya yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur semalam.
Turut diundang ke majlis itu adalah tetamu-tetamu serta rakan-rakan media yang dapat merakam gambar comel Siti Aafiyah. EH! kongsikan gambar-gambar comel anak pertama Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid.