Ternyata majlis resepsi meraikan pasangan pengantin baru, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila cukup meriah dan serba indah.
Majlis persandingan di sebelah pihak pengantin perempuan diadakan di hotel yang sama mereka bersanding iaitu The Royale Chulan Mutiara Damansara.
Ia berlangsung semalam, Ahad, 2 April 2017. Upacara itu biarpun serba moden Inggeris, tetapi ia turut menerapkan budaya tepung tawar kedua-dua mempelai.
Tidak hanya ahli keluarga, malah majlis tersebut turut dihadiri rakan-rakan selebriti termasuklah Datuk Siti Nurhaliza bersama Datuk K, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Fasha Sandha, Jacklyn Victor dan Izara Aishah.
https://www.instagram.com/p/BSaFmaYhWty/?taken-by=ctdk
https://www.instagram.com/p/BSZB7Z4A7bc/?taken-by=sharnaazahmad&hl=en
Bahkan, Datuk Siti dan Jacklyn Victor turut menyampaikan beberapa buah lagu di majlis tersebut. Jumaat lalu, Sharnaaz dan Nabila telah dinikahkan dalam satu majlis serba sederhana dengan dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan media.