Pasangan sama cantik sama padan ini telah pun melangsungkan majlis malam berinai dengan bertemakan Bollywood pada malam tadi.
Majlis berinai Izara dan Adib telah berlangsung di Mercu Mustapha Kamal. Dengan kehadiran ahli keluarga serta teman rapat, majlis itu berlangsung cukup privasi.
Izara dilihat tampil sangat cantik berseri-seri dalam persalinan sari berona merah sarat dengan manik serta aksesori berona emas rekaan Shanel Harun.
Aktres jelita ini ditata rias oleh jurusolek artis terkemuka tempatan iaitu Syed Faizal Syed Noh yang membuatkan Izara yang semula jadinya sudah cantik bertambah menawan.
Bakal ibu mentua kepada Izara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza juga turut hadir ke majlis tersebut demi untuk memeriahkan majlis meskipun sedang sarat hamil pada ketika ini.
EH! mengucapkan setinggi tahniah buat Izara dan Adib. Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan melangkah ke alam perkahwinan.