Tahun baru, berstatus baru. Pasangan paling hangat yang menjadi wajah hadapan majalah EH! untuk isu Januari 2019 kini sah bergelar suami isteri. Tahniah buat Elfira Loy dan Faris Anuar.
Ibarat membuka lembaran baru untuk tahun baru 2019, dengan sekali lafaz Elfira Loy melangkah ke alam perkahwinan di mana aktres menawan ini sah menjadi isteri kepada lelaki pilihannya, Faris Anuar yang mana merupakan seorang yang bekerja di dalam jurusan korporat dan sama sekali jauh dari bidang hiburan.
Pasangan yang juga menghiasi wajah depan EH! untuk bulan Januari 2019 ini selamat mengadakan majlis perkahwinan mereka di Cyberview Resort & Spa pada 1 Januari 2019.
Usai kegagalan hubungan lalu, Elfira dilihat cukup tenang dalam melalui segala tohmahan dan kritikan segelintir netizen di media sosial sebelum ini. Baginya, sabar dan mendiamkan diri itu lebih baik.
Sebelum hari pernikahan, Elfira dilihat turut mengadakan majlis malam Mehndi bertemakan bollywood bersama bridesmaid yang juga adalah teman-teman rapatnya. Dilihat cukup mempesona dengan solekan Jijie Zainal dan persalinan sari lengkap serta aksesori, gambar yang dikongsi Elfira itu nyata menerima beratus ribu 'likes' dari pengikut Instagramnya yang kini sudah mencecah 4.1 juta.
Untuk majlis pernikahannya, Elfira kelihatan sangat cantik berseri serba putih dalam gaun pengantin rekaan Rizman Ruzaini, dirias oleh Najeeb Azami. Turut menjadi bualan ramai adalah pelamin pernikahannya yang berkonsepkan seakan terapung di atas air direka khas oleh Nas Great Idea.
https://www.instagram.com/p/BsGRlbKDYSK/
EH! mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat Elfira dan Faris. Semoga perkahwinan ini sentiasa dirahmati dan diberikan kebahagiaan selamanya. Bukan itu sahaja, malah EH! turut ingin berterima kasih kerana memberikan exclusivity untuk kami merakamkan wajah mereka bersama untuk isu Januari 2019 yang mana juga sebagai satu permulaan 2019 yang sangat indah.