Oleh: Farhana Fuad
Istana Kensington berkongsi gambar terbaru Putera William dan Kate Middleton bersama dua orang anaknya, Putera George dan Princess Charlotte. Ianya diambil oleh jurugambar Chris Jelf di halaman taman Istana Kensington, lewat Oktober lalu.
Gambar: Kensington Palace
Gambar tersebut diambil dengan persekitaran pada musim luruh yang lalu. Bahkan, Putera William turut berkongsi tentang perancangan mereka sekeluarga untuk perayaan Krismas tahun ini. Putera William turut bergurau akan dirinya untuk mendapatkan tidur yang sempurna di musim perayaan ini.
Gambar: TPGimages
“Saya rasa George akan lebih teruja Krismas tahun ini kerana secara tiba-tiba dia akhirnya memahami apakah makna Krismas itu sebenarnya,”
“Ianya adalah lebih baik jika saya mendapatkan istirehat dan tidur yang lena ketika perayaan Krismas kali ini,” guraunya sambil menyatakan perkembangan terbaru putera sulungnya kepada majalah Big Issue di British.
Gambar: TPGimages
Tentunya lebih bermakna tahun ini kerana meraka bakal meraikan Krismas dengan kehadiran seorang lagi ahli ke dalam keluarga mereka iaitu Puteri Charlotte.
Gambar: TPGimages
“Kali ini kami akan meraikan Krismas dengan dua orang anak kami, Putera George akan lebih teruja dan menghargai Krismas kali ini, yang mana ia akan lebih mencabar. Tetapi saya sentiasa menanti hari tersebut,” ujar Putera William.
Tambah beliau lagi, Putera William dan Kate Middleton bakal meluangkan pagi Krismas bersama kedua-dua buah keluarga mereka di Gereja St. Mary Magdalene, Norfolk. Setelah itu, pasangan Diraja Britain tidak sabar untuk menyaksikan reaksi George ketika sesi pembukaan hadiah.