Pasti ramai yang merindui pelakon kacak ini. Aaron Aziz baru-baru ini telah pun memuat naik gambar di akaun Instagram @aarondwiaziz bersama isterinya Diyana Halik yang menghabiskan masa berdua bercuti di Thailand. Kesibukan kerjayanya sebagai seorang pelakon semestinya sukar untuk Aaron meluangkan masa bersama yang tersayang. Kali ini, pasangan romantik ini kelihatan menikmati keindahan pantai Krabi di Thailand. Aktor ini turut mengusik isterinya dalam posting mengenai Diyana yang kurang sihat ketika di sana. Aksi manja mereka tentunya buat ramai peminat Aaron turut sama cair dengan tindakannya yang cuba untuk menceriakan isterinya.
” Thank you ALLAH for creating such a beautiful place for us. With my Dar @diyanahalik Wishing my 3 babies were here too “
*Semoga kebahagiaan pasangan ini terus bahagia ke akhir hayat. Selamat bercuti Aaron Aziz!