Oleh: Farhana Fuad
Majlis perkahwinan Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki cukup meriah dan indah yang berlangsung Sabtu lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Ianya turut dihadiri rakan-rakan selebriti teman-teman rapat serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Antara rakan selebriti yang hadir memeriahkan majlis adalah Elfira Loy, Nabila Huda, Hanis Zalikha, Zizan Razak, Marsha Milan, Ning Baizura, Lisa Surihani dan ramai lagi.
Anzalna dan Hanif sebenarnya sudah berkenalan sejak 10 tahun lalu. Mereka diijab kabulkan pada 21 Februari lalu di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur dengan mas kahwin sebanyak RM1,000. Hanif turut memberikan 7 dulang hantaran dan dibalas 9 oleh pihak Anzalna.
Pelakon jelita ini sebelum ini pernah menyatakan yang mereka bakal melakukan umrah tidak lama lagi selepas selesai majlis perkahwninan mereka. Soal berbulan madu pula masih dirahsiakan lokasi yang menjadi pilihan mereka.
EH! kongsikan gambar sekitar majlis pernikahan dan majlis resepsi Anzalna Nasir dan Hanif Zaki baru-baru ini.
[soliloquy slug=”anzalna-nasir-dan-hanif-zaki-kahwin”]