Oleh : Farhana Fuad
Gambar: Instagram Marsha Milan
Marsha Milan yang selamat bernikah pada 31 Disember lalu dengan pasangan pilihannya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail dengan sekali lafaz di kediaman pengantin lelaki di Pulau Pinang. Marsha menerima mas kahwin sebanyak RM1,001, manakala wang hantaran dirahsiakan.
Pihak pengantin lelaki memberikan 7 dulang hantaran dan dibalas dengan 9 dulang hantaran dari pihak Marsha. Sebelum ini, Marsha turut mendedahkan yang dirinya sudah memasuki Islam serta sudah pun bertunang pada 14 Disember lalu.
Baru-baru ini, Marsha berkongsi kepada mStar Online yang dia amat bersyukur dan teruja dalam melayari alam berumah tangga.
Katanya juga “Baru saya tahu, kelebihan menjaga suami mendatangkan banyak pahala dan pahala itu juga adalah bekalan buat kita ke syurga. Itu membuatkan saya lebih seronok bergelar seorang isteri. Alhamdulillah, syukur”
“Satu permulaan yang baru dan banyak perkara baru saya perlu belajar. Maklumlah sebelum ini hidup sendiri, sekarang dah bersuami, jadi kenalah siapkan makan, pakaian suami dan perkara lain”
“Apa-apapun saya sangat gembira dan berasa bertuah dan teruja untuk menjadi seorang isteri yang terbaik Insya-Allah,” ujarnya.
Setakat ini, Marsha belum mempunyai sebarang perancangan untuk berbulan madu kerana sibuk dengan urusan sendiri dan persiapan majlis resepsi mereka yang bakal berlangsung di Hotel Majestic Jumaat ini.
EH! ucapkan selamat pengantin baru kepada Marsha dan suami serta semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sehingga akhir hayat.
EH! kongsikan gambar disekitar majlis perkahwinan Marsha Milan dan Mohamed Shaiful Nizam.
[soliloquy id="92599"]