Umum tahu yang mana Gigi Hadid dan Zayn Malik telah pun memutuskan hubungan cinta mereka yang terjalin sejak tahun 2015. Menerusi entri terbaru Gigi Hadid di Instagramnya, jelas kelihatan yang dia sedang bersedih berikutan perpisahan mereka.
Dunia hiburan antarabangsa sangat terkejut pabila Gigi Hadid dan Zayn Malik mengumumkan tamatnya hubungan cinta mereka. Ketika Zayn dilihat memuat naik beberapa entri yang menggambarkan perasaaan dukanya di Instagram sejak perpisahan mereka, Gigi dilihat kekal mendiamkan diri.
Namun, semalam Gigi buat pertama kali memuat naik gambar beremosi menerusi Instagramnya, dengan mesej merinduikan seseorang. Meskipun mesej tersebut tidak jelas mengaitkan Zayn, Gigi nyata memerlukan sokongan lebih dari keluarganya pada ketika ini.
https://www.instagram.com/p/BgiiMxhgmKI/?taken-by=gigihadid
Gigi menusli kapsyen “miss u sister,” yang mana memaparkan dirinya duduk bersebelahan adiknya, Bella Hadid di dalam sebuah kereta. Entri tersebut menggambarkan yang mana Gigi sangat merindui adik perempuannya, Bella kerana dia kini sedang mengikuti penjelajahan di Shanghai.
Selepas berita sedih perpisahan Gigi dan Zayn tersebar di media sosial, Malik telah menulis;
“Gigi and I had an incredibly meaningful, loving, and fun relationship and I have a huge amount of respect and adoration for Gigi as a woman and a friend. She has such an incredible soul. I’m grateful to all of our fans for respecting this difficult decision and our privacy at this time, we wish this news could have came from us first. We love you all. xZ.”