Lara Alana terbang ke Jepun sekali lagi tetapi ia dilihat lebih fun kerana buat pertama kalinya anak kepada pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya merasai pengalaman bermain salji.
Menerusi akaun Instagram milik Lara, dilihat yang mana kanak-kanak comel ini kerap terbang ke negara terbitnya matahari itu. Tahun ini sahaja sudah tiga kali Lara terbang ke sana.
Namun kali ini, ia lebih mengujakan kerana Lara berkesempatan untuk merasai pengalaman bermain salji di Sapporo, Jepun. Dengan suhu ketika ini yang mencecah -4°, Lara seakan boleh bertahan dengan cuaca yang membeku itu.
Melihat pada beberapa post Lara ketika terbang ke Sapporo dari Tokyo, ternyata yang Lara sememangnya teruja pabila pertama kali melihat salji.
Kegirangan Lara yang menikmati Sapporo dengan cuaca yang mendingin itu ternyata buatkan ramai pengikutnya di Instagram yang kini sudah mencecah 2.4juta geli hati melihat setiap gerak gerinya.
Jom lihat video dan gambar terbaru Lara Alana di Jepun yang buat kami teruja sama.