Ia akan diarahkan oleh Ben dan diterbitkan oleh Matt. Kedua-duanya akan sama-sama menulis skrip serta membintangi filem itu.
Ben dilaporkan akan memainkan watak jutawan dan pengasas bersama Nike, Phil Knight. Matt pula akan menggalas peranan sebagai Sonny yang tidak berputus asa memujuk Michael untuk menjalin kolaborasi dengan jenama kasut sukan itu.
Usaha Sonny dilihat sebagai sesuatu yang mustahil ketika itu, namun siapa menyangka ia berjaya menjalin hubungan paling bermakna antara atlet dan jenama sukan dalam industri sniker global yang bernilai berbilion dolar.
Filem tersebut akan mendedahkan segala usaha keras Sonny dan memperkenalkan penonton kepada ibu bapa Jordan serta bekas jurulatih, penasihat, rakan baik, termasuk mereka yang rapat dengan atlet itu.