Nabila Huda mengalami masalah alergi yang teruk akibat makanan laut yang dikatakan sebelum ini tiada membawa sebarang masalah langsung.
Bagi mengelakkan dari penyakit itu berulang, Nabila kini sedang mengambil langkah berjaga-jaga dalam pola pemakanannya. Katanya, dia sendiri terkejut pabila dia melihat tubuhnya dipenuhi dengan bintik-bintik merah.
Akibat dari kesan gatal-gatal yang semakin menjadi-jadi, dia terpaksa bawa diri ke hospital. Katanya, ia berkemungkinan akibat udang yang mempunyai bahan pengawet.
“Selama ini, tidak pula saya mempunyai sebarang alahan sebegitu. Mungkin peningkatan usia membuatkan saya alah kepada makanan laut dan saya kini perlu lebih berhati-hati apabila memilih juadah. Dulu, saya makan apa saja terhidang di depan mata, namun kini mungkin saya tidak lagi boleh berbuat demikian,” katanya kepada BH Online.
Buat masa ini, dirinya sedang berehat seketika di rumah kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan. Dalam masa yang sama, Nabila sempat memuat naik sekeping gambarnya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital semalam sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambutnya.
Semoga Nabila Huda cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik seperti sedia kala.