Salah satu pakaian paling ikonik milik Meghan Markle dinobat sebagai Dress of the Year 2021.
Minggu lalu Fashion Museum Bath memaklumkan gaun yang disarung Meghan ketika wawancara terkenal bersama Oprah Winfrey diumum sebagai gaun terbaik dan bakal dipamerkan di muzium fesyen.
Anugerah itu dianjur setiap tahun oleh ikon berpengaruh dalam industri yang memilih satu gaun bagi mewakili mood dalam fesyen dan budaya tahun lalu.