Tahun ini ketua editor majalah Dazed, Ibrahim Kamara dan pengarah seni, Gareth Wrighton diberi kepercayaan untuk memilih pemenang bagi anugerah tersebut.
“Dalam budaya pop gaya-hiper hari ini, Dress of the Year kini turut berpotensi menjadi ‘meme terbaik’ dan kami berdua berpegang pada wawancara ikonik Meghan dan Harry bersama Oprah sebagai detik tidak dijangka yang akan selamanya wujud dalam kesedaran kolektif Britain,” kata mereka menerusi satu siaran media.
“Gaun rekaan Armani yang menonjolkan kehamilan Meghan ‘membingkai’ dirinya dalam rona hitam di sebalik landskap kehijaun taman Hollywood Terry Perry. Penampilan itu yang kini dikaitkan dengan momen televisyen tular terpahat kukuh dalam jiwa budaya pop kita,” tambah mereka.