Sewaktu wawancara Oprah with Meghan and Harry: A CBS Primetime Special – di mana pasangan itu bercakap tentang keputusan mereka berundur dari tugasan Diraja dan berpindah ke California – Duchess of Sussex menyarung gaun sutera georgette daripada koleksi Armani Musim Bunga/Panas 2021.
Gaun hitam yang menampilkan leher potongan-V dan tali pinggang tinggi itu turut diperincikan dengan cetakan bunga teratai putih di bahagian dada.
Menurut siaran media, rekaan bunga itu juga mungkin memberi ungkapan simbolik “kelahiran semula, penjanaan semula diri dan kesedaran rohani, serta keupayaan untuk mekar walau berada dalam persekitaran yang mencabar.”
Pengunjung berpeluang melihat gaun tersebut pada pameran ‘A History of Fashion in 100 Objects’ di Fashion Museum Bath, Somerset, United Kingdom tidak lama lagi.
Foto: Getty Images