Acara Critics Choice Awards ke-29 baru-baru ini penuh dengan detik-detik yang tidak dapat dilupakan, termasuk interaksi mengujakan beberapa selebriti Hollywood.
Berlangsung pada 14 Januari 2024, di Barker Hangar, Lapangan Terbang Santa Monica, California, Critics Choice Awards ke-29 telah mengukir momen sebagai salah satu malam yang diingati dalam dunia hiburan.
Majlis yang sarat dengan kilauan dan kemegahan itu tidak hanya merefleksikan prestasi seni yang tinggi, tetapi juga momen-momen dan gaya yang memukau selebriti Hollywood dalam acara tersebut di mana para selebriti memperagakan fesyen terbaik mereka, menciptakan kenangan yang tidak dilupa dalam industri hiburan.
Intai 5 Momen Selebriti Hollywood Di Acara Critics Choice Awards Ke-29;
1. Tom Holland Dan Billie Eilish
Pelakon filem Marvel, Tom Holland, terlihat sedang berbual dengan penyanyi, Billie Eilish, yang dikenali dengan gaya uniknya, memilih untuk mengayakan kemeja putih dengan gaun hitam yang anggun, mencipta gaya yang memikat. Kedua-dua selebriti ini dengan karisma dan gaya mereka tersendiri, berjaya mencuri perhatian di acara tersebut, menunjukkan interaksi antara dunia muzik dan filem.
2. Angela Bassett Dan Robert Downey Jr.
Momen ketika Angela Bassett dan Robert Downey Jr. di belekang pentas selepas Robert dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Oppenheimer. Penampilan Robert dalam suit berwarna hitam memancarkan aura maskulinnya sebagai pemenang pada malam tersebut. Sementara itu, Angela Bassett, tampil memukau dalam gaun hitam dengan perincian kristal di bahu, menambahkan kilauan dan pesona pada penampilannya.
3. Jennifer Aniston Dan Reese Witherspoon
Pelakon cantik, Jennifer Aniston dan Reese Witherspoon terlihat duduk bersama, Jennifer Aniston, yang dikenali dengan kecantikannya, mengenakan gaun hitam yang elegan dan melengkapkan penampilannya dengan gaya rambut belah tengah yang bersahaja namun menawan. Sementara itu, Reese Witherspoon juga turut tampil memukau dengan gaun hitam. Kedua-duanya melengkapi penampilan mereka dengan anting-anting drop yang menambah sentuhan kemewahan.
4. John Krasinski, Emily Blunt Dan Cillian Murphy
John Krasinski dan isterinya, Emily Blunt, terlihat sedang berbual dengan pelakon tampan, Cillian Murphy, dalam suasana yang penuh gemilang. Cillian Murphy, yang dikenali dengan bakat lakonan yang luar biasa, turut menyinar pada malam itu melalui filem yang dilakonkannya, Oppenheimer, yang berjaya merangkul pelbagai anugerah.
5. Billie Eilish, FINNEAS and Dua Lipa
Sekali lagi, Momen Billie Eillish bersama rakan selebriti menarik perhatian, kali ini dia bersama abangnya yang juga merupakan seorang penyanyi popular dan penyanyi cantik Dua Lipa yang kelihatan tampil menawan dengan gaun merah yang anggun dan gaya rambut burgundy yang berkilau, menambahkan sentuhan elegan yang sempurna pada malam tersebut.
Artikel Berkaitan: 7 Momen Golden Globes 2024 Yang Lucu & Mengemparkan