Kebangkitan tujuh kumpulan ini membuktikan bahawa M-Pop bukan lagi sekadar bayangan industri luar. Dengan identiti tersendiri, disiplin tinggi dan sokongan peminat yang semakin kuat, gelombang baharu ini membuka lembaran baru buat muzik Malaysia.
Industri muzik tempatan kini menyaksikan kebangkitan generasi baharu yang tampil dengan identiti segar, koreografi bertenaga dan strategi digital yang bijak. Gelombang baharu M-Pop, satu revolusi yang menggabungkan disiplin ala K-Pop dengan citarasa serta jiwa Malaysia. EH! himpunkan tujuh kumpulan yang sedang mencuri perhatian dan membuktikan bahawa masa depan M-Pop semakin cerah.
ALPHA

Antara nama paling hangat diperkatakan, ALPHA tampil dengan konsep futuristik dan produksi bertaraf antarabangsa. Setiap pelancaran single mereka hadir dengan visual sinematik dan koreografi kemas yang memukau. Aura karisma setiap ahli menjadikan mereka cepat meraih peminat setia, khususnya dalam kalangan Gen Z. Dengan strategi media sosial yang agresif, ALPHA membuktikan bahawa M-Pop mampu bergerak seiring arus global.
XONE

Berbekalkan imej maskulin dan edgy, XONE mempertaruhkan muzik berentak pop urban serta hip hop moden. Identiti muzik mereka lebih ‘bold’ dengan mesej lirik yang dekat dengan realiti anak muda masa kini. Persembahan pentas penuh tenaga menjadi kekuatan utama, menjadikan setiap kemunculan mereka sesuatu yang dinanti.
VIISION

Seperti namanya, VIISION hadir dengan visi yang jelas, mahu membawa M-Pop ke tahap lebih tinggi. Mereka dikenali dengan susunan vokal harmoni serta konsep visual yang sofistikated. Gabungan elemen R&B dan pop kontemporari menjadikan muzik mereka mudah diterima pelbagai lapisan pendengar.
NverNot

NverNot tampil dengan pendekatan lebih youthful dan eksperimental. Mereka berani bermain dengan genre serta konsep visual yang unik. Personaliti setiap ahli yang autentik membuatkan kumpulan ini mudah didekati peminat, sekali gus membina komuniti fandom yang semakin berkembang.
The Next

Nama yang cukup simbolik, The Next seolah-olah memberi bayangan bahawa merekalah generasi seterusnya yang bakal mendominasi industri. Bakal debut tahun ini, imej bersih dan gaya muzik yang segar mereka sesuai dengan cita rasa pasaran arus perdana. Tidak mustahil mereka bakal menjadi wajah utama M-Pop dalam masa terdekat
OverAll (O.V.A)

OverAll atau O.V.A menampilkan keseimbangan antara vokal mantap dan koreografi dinamik. Mereka membawa imej matang dengan sentuhan street style yang kontemporari. Konsistensi dalam kualiti persembahan menjadikan mereka antara kumpulan yang paling berpotensi untuk bertahan lama dalam industri.
Baca: Mengenal Firdaus Karim, Dari Belakang Tabir ke Pentas Lakonan
