Sebelum ini ramai yang terkejut dengan berita perpisahan Brad Pitt dan Angelina Jolie, tapi kini ditambah lagi satu berita mengejutkan pabila satu lagi merpati dua sejoli kesukaan ramai, George Clooney dan Amal Alamuddin pula sudah bersedia untuk memfailkan penceraian.
Clooney dan Amal dikatakan kini sudah tidak lagi tinggal sebumbung dan merancang untuk bercerai. Dianggarkan kos penceraian mereka bernilai US$300 juta bersamaan RM1.3 bilion.
Menurut tajuk utama majalah OK! di Hollywood, Amal yang merupakan seorang peguam hak asasi manusia mahukan anak bersama Clooney, namun Clooney enggan merealisasikan kemahuan isterinya itu.
Amal telah dilamar oleh Clooney dengan cincin bernilai RM2.5 juta. Namun disebabkan kemahuan masing-masing agak bercanggah, mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Menurut sumber terdekat kepada pasangan ini, Clooney agak tertekan dengan desakan Amal yang menginginkan anak bersamanya, namun kemudiannya Clooney bersetuju untuk mempunyai sebuah keluarga tetapi pada hakikatnya dia sememangnya tidak rela.
Pada pengakhirannya, Clooney bertukar fikiran dan sekaligus membuatkan Amal kecewa. Bahkan, ada juga sumber melaporkan yang mana Clooney merancang untuk berpindah ke Britain tidak lama lagi dek kerana mula hilang kesabaran terhadap sikap Amal yang sentiasa mahukan kehidupan yang mewah.