Aktor popular bumi Hollywood iaitu George Clooney bersama isterinya, Amal selamat menyambut kelahiran bayi kembar semalam.
Bayi kembar pasangan itu telah dinamakan sebagai Ella dan Alexander Clooney. Menurut Stan Rosenfield yang mewakili pasangan itu, Ella, Alexander dan Amal masing-masing dalam keadaan sihat dan baik.
Pasangan terkenal ini mengumumkan berita hamil anak kembar itu pada bulan Februari lalu dan sejak itu mereka terus menetap di kediaman mereka yang terletak di pedalaman London demi mengurangkan aktiviti masing-masing.
Amal merupakan peguam hak asasi manusia antarabangsa berketurunan Lubnan-British. Clooney kemudian melamar Amal dan berkahwin di Venice pada tahun 2014.
Ia adalah perkahwinan kedua buat Clooney yang mana sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Talia Balsam dari tahun 1989 sehingga 1993.