Gigi Hadid dan kekasihnya, Zayn Malik dikhabarkan bakal menimang cahaya mata pertama. Menurut portal hiburan antarabangsa TMZ dan program hiburan Entertainment Tonight, Gigi kini hamil 20 minggu namun belum ada berita yang memastikan sama ada mereka sudah mengetahu atau belum tentang jantina bayi yang dikandung.
Pasangan ini yang mula menjalinkan hubungan sejak tahun 2015 sebelum ini pernah dilaporkan beberapa kali berpisah dan dilihat kembali menjalin hubungan pada penghujung tahun lalu. Dikhabarkan Gigi selama ini merahsiakan berita kehamilannya daripada pengetahuan keluarga kerana berasakan terlalu awal untuk berkongsi berita gembira itu.
Gigi yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25 pada hujung minggu lalu setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang kehamilannya. Gigi dalam satu muat naik di Instagram pada kelahirannya pada 23 April lalu menyatakan “I will never forget my 25th Bday”, tidak pasti kenyataan itu merujuk kepada kehamilannya atau meraikan hari jadinya pada tempoh seluruh dunia ‘dikuarantin’ akibat penularan wabak Covid-19. Kita nantikan kenyataan rasmi dari Gigi mahupun Zayn.