Ia satu perkara yang normal bagi lelaki tetapi bukan pada wanita kerana ia dilihat seakan tidak menjaga kebersihan diri. Kali ini Gigi Hadid pula dikritik kerana menampakkan bahagian bawah lengan yang kelihatan seakan tidak mencukur.
Gigi Hadid sekali lagi membuat kontroversi di laman sosial selepas video kempen tahunan majalah Love Magazine dikongsikan kepada umum yang mana menampilkan dirinya dengan pakaian sukan yang cukup seksi.
Gigi yang memakai bra sukan itu beberapa kali mengangkat lengannya dan jelas kelihatan seakan dia tidak mencukur bulu ketiaknya.
Rata-rata peminat mempertikaikan tindakan Gigi yang tidak bercukur sebelum memulakan penggambaran. Tidak mungkin wanita dan model secantik Gigi tidak tahu menjaga kebersihan.
Bukanlah bermaksud menyimpan bulu bawah lengan itu menandakan kamu seorang yang pengotor, tetapi ia mencacatkan penampilan wanita apatah lagi model terkenal seperti Gigi.
Beberapa netizen mempertikaikan tindakan Gigi yang tidak bercukur kerana ia sangat mengganggu ‘keindahan’ video itu yang sebenarnya membawakan mesej positif.
Video kempen dengan mesej #StayStrongitu juga bagaimanapun menerima pujian apabila berani menampilkan Gigi dengan imej sebegitu kerana penampilan wanita tidak seharusnya dihakimi hanya kerana dia menyimpan bulu ketiak.
Pihak Gigi bagaimanapun menjelaskan ia sebenarnya bukanlah bulu ketiak sebaliknya bulu benang pakaian yang digayakan Gigi yang melekat pada kulit bawah lengannya kerana dia sedang berpeluh ketika penggambaran itu.
Sebelum ini bukan Gigi sahaja yang tampil dengan bulu ketiak, Julia Roberts dan Miley Cyrus juga pernah dikritik kerana tidak bercukur di bahagian tersebut.
Sumber : Cosmopolitan.my