Supermodel terkenal, Gigi Hadid mendedahkan pendekatan yang bakal dia dan teman lelaki, Zayn Malik gunakan untuk membesarkan anak sulung, Khai.
Gigi tanpa berselindung memberitahu, dia mahu anaknya yang kini berusia empat bulan menerokai pelbagai latar belakang, budaya dan agama yang mewakili dirinya.
Berbicara mengenai agama yang bakal dianuti Khai, Gigi mahu anaknya berpeluang mendalami semua agama dan membuat pilihan sendiri apabila dewasa kelak.

Gigi dibesarkan dalam keluarga di mana ayahnya merupakan seorang Muslim dari Palestin manakala ibunya, Yolanda Hadid menganuti agama Kristian.
Begitu juga dengan Zayn yang dibesarkan dalam keluarga beragama Islam. Bapanya berdarah Pakistan manakala ibunya kacukan Inggeris-Ireland yang menganuti Islam selepas berkahwin.
“Sewaktu kecil saya dibenarkan mempelajari semua agama. Saya rasa ada baiknya mempelajari serba sedikit mengenai setiap agama, dan rasanya itulah yang akan kami lakukan kepada anak kami,” kata Gigi kepada Vogue.
“Bagi saya, memberi peluang kepada anak-anak untuk menerokai minat yang pelbagai adalah sesuatu yang indah.”
Dia juga berkongsi mengenai Islamophobia yang dialami olehnya dan adik lelaki, Anwar Hadid sewaku membesar dan mahu Khai menanganinya dengan cara berbeza.
“Sewaktu di sekolah rendah, seorang budak berkata kepada adik saya, ‘Ayah kamu pengganas’, tidak lama selepas kejadian 9/11.
“Jadi saya dan Zayn mahu anak kami benar-benar memahami latar belakangnya, dan mahu mempersiapkan dirinya agar bersedia menghadapi situasi sebegini,” ujarnya.
Foto: Mario Testino
Baca: Taylor Swift Dedah Nama Anak Gigi Hadid Dalam Album Terbaru?