Oleh: Farhana Fuad
Gambar:TPGimages
Selepas Zayn Malik, kini Harry Styles pula yang mengangkat kaki dari kumpulan kesukaan ramai dari British ini. Harry membuat keputusan untuk keluar dari kontrak jangka panjang bersama kumpulan pengurusan untuk One Direction, Modest Management demi untuk mengejar karier muzik solo yang diinginkan.
Harry juga sudah mengikat perjanjian baru bersama CAA Jeffrey Azoff untuk kontrak solo dalam merealisasi impiannya. Langkah besar yang diambil oleh Harry bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Status secara rasminya kini One Direction telah berpecah secara rasmi dan kekal. Harry dan ahli kumpulannya yang lain termasuk Niall Horan, Liam Payne dan Louis Tomlinson bersetuju untuk tidak menyambung kontrak mereka bersama pengurusan tersebut.
Namun, mereka masih lagi bersahabat seperti biasa biarpun sudah berpisah kerana masing-masing mahu mengejar karier solo yang diinginkan selama ini. Bekas ahli kumpulan One Direction sebelum ini, Zayn Malik sudah lama membawa hala tuju sendiri. Zayn turut dilapor sedang berhubungan dengan model terkenal Gigi Hadid dan kini dalam pada masa yang sama sedang berusaha kuat untuk penghasilan album debut miliknya.
Artikel Berkaitan : Zayn Malik Lancar Lagu Single Pertama