Nampaknya Gisele Bundchen tidak menunggu lama untuk mencari pengganti Tom Brady.
Baru dua minggu bercerai secara rasmi, Gisele dirakam meluangkan masa dengan seorang jejaka yang dilaporkan sebagai teman lelakinya.
Sabtu lalu supermodel itu dilihat menikmati makan malam bersama jurulatih jiu-jitsu, Joaquim Valente di Koji, Provincia de Puntarenas di samping dua cahaya matanya – Benjamin Rein, 13 dan Vivian Lake, 10.
Dia tampil kasual dalam crop top kelabu yang dipadankan dengan palazo berwarna hitam, manakala Joaquim pula menggayakan kemeja-T rona sedondon bersama celana pendek berwarna hijau lumut.