Tujuh bulan kemudian, tular berita yang mengatakan rumah tangganya dengan quarterback Tampa Bay Buccaneers yang dibina lebih sedekad lalu bergelora selepas satu pertengkaran hebat.
Bekas suami isteri itu menunggu berminggu-minggu sebelum mengumumkan dalam Instagram Story bulan lalu bahawa mereka telah pun bercerai secara rasmi.
“Kami mencapai keputusan ini secara sepakat dan amat menghargai masa yang kami lalui sepanjang hidup bersama. Keutamaan saya kini adalah anak-anak dan kami akan memberi sepenuh perhatian serta kasih sayang yang diperlukan mereka,” tulis Gisele.
Tom pula menyifatkan perceraian itu sebagai sesuatu yang sukar dan menyakitkan, namun berjanji akan terus memberi sokongan kepada bekas isteri dan meneruskan kehidupannya.
Baca: Tinggal Berasingan, Tom Brady & Gisele Bundchen Bakal Bercerai?